mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN PEDi TAMAN TENTERAM 2023 (JUL-DIS)

USAHAWAN: Tuan Faeizah Binti Tuan Harun

Beliau adalah seorang usahawan di dalam bidang perkhidmatan. Beliau menawarkan perkhidmatan tempahan makanan, kuih muih, tempahan makanan majlis-majlis. 

Puan Faeizah merupakan seorang persara daripada penjawat awam dan seorang yang mempunyai hobi di dalam dunia masakkan.

Beliau mula mendigitalkan perniagaan melalui iklan-iklan di Facebook persendirian dan mula menerima tempahan yang memberangsangkan. Beliau juga sentiasa meningkatkan kemahiranya dalam bidang masakan.

Bermula tahun 2022, beliau berazam untuk mempromosikan lagi perniagaannya melalui perniagaan digital dan beliau juga menggunakan kemudahan fasiliti di PEDi untuk membuat laporan perniagaan.

Beliau kini telah berjaya mewujudkan akaun whatsapp business untuk memudahkan pelanggan mengakses menu-menu yang ingin ditempah dengan mudah.