Usahawan : Shalini A/p Nadarajah
Latar Belakang
Beliau adalah seorang surirumah dan meminati dunia usahawan. Beliau merupakan usahawan makanan, iaitu produk penyediaan makanan (rempah ratus).
Puan Shalini merupakan seorang surirumah dan seorang yang meminati dunia perniagaan.
Beliau menceburi bidang perkhidmatan ini bermula kira-kira 2 tahun yang lalu. Beliau mempromosikan pernigaannya secara tradisional iaitu dengan mempromosikan melalui rakan-rakan setempat
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Beliau mula mendigitalkan perniagaan melalui iklan-iklan di Facebook persendirian dan mula menerima tempahan yang memberangsangkan. Beliau juga sentiasa meningkatkan kemahiranya dalam bidang pembungkusan makanan & membuka gerai melalui acara- acara yang diajurkan disekitar selangor.
Bermula tahun 2022, beliau berazam untuk mempromosikan lagi perniagaannya melalui perniagaan digital dan beliau juga menggunakan kemudahan fasiliti di NaDi untuk membuat laporan perniagaan & mendaftarkan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Beliau kini telah berjaya mewujudkan akaun media sosial untuk memudahkan pelanggan mengakses promosi yang ingin diiklankan di sana dengan mudah.
Melalui program-program anjuran NaDi juga beliau dapat mengetahui cara membuat bahan promosi iaitu poster produk. Beliau juga dapat menimba ilmu keusahawanan melalui program yang disertai di NaDi