mcmc
Laporan Aktiviti

Hari Bersama Komuniti 2022 (PEDi Taman Tenteram)

 Tarikh
 6 ogos 2022
 Masa  8.00pg – 1.00ptg
 Tempat  PEDi Taman Tenteram
 Peserta  Terbuka

 

Tujuan:

Tujuan Hari Bersama Komuniti 2022 ini dijalankan adalah untuk mempromosikan PEDi Taman Tenteram disamping dapat merapatkan hubungan di antara PEDi Taman Tenteram dan juga komuniti setempat dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program HBK 2022. Tambahan, secara tidak langsung komuniti setempat diharap mendapat manfaat daripada inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

Aktiviti:

Program HBK 2022 ini telah berjalan dengan pelbagai aktiviti iaitu kelas keusahawanan shopee, foto produk, pertandingan dan kuiz (klik dengan bijak, ICT, word search, dan mewarna,).

Selain itu, turut berjalan taklimat klik dengan bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertajuk MyCyberGenius.  Antara booth yang membuat pameran adalah booth PEDi (E-Tuisyen, jualan buku, pameran perkhidmatan dan program), pameran oleh agensi jemputan iaitu SSM, KEMAS, Pejabat Kesihatan Sungai Pelek dan MARA). Selain itu, turut disertakan pameran daripada usahawan iaitu usahawan bengkel jahitan, usahawan Ollies, dan usahawan Rendang Arnab Uncle Zain.

Program diserikan lagi dengan acara terakhir iaitu penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada komuniti. Diharap program yang dijalankan ini dapat merapatkan hubungan antara PEDi Taman Tenteram dengan komuniti setempat.

Gambar disini