Usahawan : Juridah Binti Musa
- Beliau adalah seorang usahawan di dalam bidang perkhidmatan. Beliau menawarkan perkhidmatan jahitan seperti jahitan baju kurung pelbagai fesyen, jahitan blaus, jahitan sarung kusyen, jahitan jubah dan jahitan tudung.
Bermula tahun 2022, beliau berazam untuk mempromosikan lagi perniagaannya melalui perniagaan digital iaitu dengan menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi.
Beliau kini telah berjaya mewujudkan akaun whatsapp business untuk memudahkan pelanggan mengakses hasil tangan beliau, memaparkan fesyen & jenis-jenis jahitan yang dibuat serta dapat memaparkan harga yang ditawarkan olehnya.
Melalui program-program anjuran PEDi juga beliau dapat mengetahui cara membuat link whatsapp yang memudahkan pelanggan menempah secara terus, mudah & cepat. Beliau juga dapat menimba ilmu keusahawanan melalui program yang disertai di PEDi.