mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

WhatsApp Image 2022-03-26 at 9.39.38 AM

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
Perkhidmatan – perkhidmatan lain yang disediakan :
 
  • Printing / Fotostet
  • Binding / Laminate
  • Servis pengisian borang online (SSM,KWSP,BKM dll..)
  • Perkhidmatan penggunaan komputer / internet
 
 

WAKTU OPERASI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) :

 

ISNIN – AHAD (SETIAP HARI) 

:  9.00 Pagi – 6.00 Petang

HARI PELEPASAN AM

:  TUTUP

REHAT

:  1.00 Petang – 2.00 Petang

 

:  12.30 Tengahari – 2.30 Petang (Jumaat)

 
 
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
 
  
 
Nama : Pn. Syifa
Mula berkhidmat : 8 Feb 2022
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 WhatsApp Image 2022-04-05 at 4.07.19 PM
Nama : En. Hanif
Mula berkhidmat : 23 Jan 2022