mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 – Keusahawanan : Muhammad Fuad Bin Atan

KISAH KEJAYAAN (JULAI – SEPTEMBER 2022) QUARTER 3

PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA

(PEDi) TAMAN TENTERAM, SG PELEK, SEPANG.

 

Nama: Muhammad Fuad Bin Atan
Umur: 42 Tahun
Ahli: Mac 2022

 

 
 
Latar belakang
 
Encik Fuad merupakan seorang yang suka mencabar dirinya sejak daripada kecil. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2019 secara bersemuka & beliau sangat meminati bidang pemasaran. Perniagaan tersebut asalnya merupakan perniagaan pakcik beliau & resepi rendang maman tersebut dikatakan merupakan resepi keluarga mereka.
 
Sebelum penggunaan PEDi/Penglibatan PEDi
 
Encik Fuad mula menceburi bidang pemasaran atas talian melalui beberapa seminar daripada usahawan-usahawan terkenal. Oleh kerana perniagaan masa kini lebih kepada perniagaan atas talian, beliau telah mempelajari cara-cara membuat pemasaran di FB Ads. Beliau juga berkongsi teknik-teknik FB Ads supaya lebih ramai lagi usahawan tempatan boleh berjaya sepertinya.
 
Selepas penggunaan PEDi/Penglibatan PEDi
 
Beliau kini telah menerima tempahan seluruh Malaysia melalui FB Ads dengan mengaplikasikan teknik yang dipelajari. Kini beliau giat mempromosikan produknya di Facebook kerana menjadi tumpuan masyarakat terutaman golongan berusia.