KISAH KEJAYAAN (OKTOBER- DISEMBER 2022) QUARTER 4 PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) TAMAN TENTERAM, SG PELEK, SEPANG.
Nama: | Harraz Hijaji Bin Hasrulnizam |
Umur: | 10 Tahun |
Ahli: | Oktober 2022 |
Latar Belakang
Mula mendapat pendedahan mengenai ICT sejak berumur 7 tahun. Adik Harraz merupakan murid yang aktif dalam bidang kurikulum & ko-kurikulum. Beliau mula menyertai aktiviti kelas ICT di PEDi Taman Tenteram pada bulan Ogos 2022 sehingga kini.
Adik Harraz sentiasa melibatkan diri dalam Kelas ICT anjuran PEDi Taman Tenteram kerana beliau minat & ingin tahu lebih mendalam terhadap ICT sebelum ini. Beliau juga merupakan murid yang aktif menyertai sukan & pertandingan di sekolahnya iaitu SK Sg Pelek.
Beliau kini telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office, mahir menaip dengan lancar & mahir menaip surat kiriman rasmi menggunakan aplikasi Microsoft Word.