mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 – Keusahawanan : Maznah Binti Muhammad

KISAH KEJAYAAN (OKTOBER- DISEMBER 2022) QUARTER 4

PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA

(PEDi) TAMAN TENTERAM, SG PELEK, SEPANG.

 

Nama: Maznah Binti Muhammad
Umur: 41 Tahun
Ahli: April 2022

 

Latar belakang

Puan Maznah menceburi bidang perkhidmatan ini bermula kira-kira 7 tahun yang lalu. Beliau mempromosikan pernigaannya secara tradisional iaitu dengan mengedar flyers, menampal iklan di kedai- kedai & mempromosikan melalui rakan-rakan setempat. 

Beliau juga merupakan pengamal perubatan tradisional yang berdaftar dengan KKM & giat aktif di dalam aktiviti-aktivit mempromosikan PEDi melalui platform Malaysian Youth Volunteer Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Beliau mula mendigitalkan pernigaan melalui Facebook & Instagram dan mula menerima tempahan luar daripada kawasan perumahannya. Beliau juga sentiasa meningkatkan kemahiran melalui kursus yang diadakan oleh agensi kerajaan yang menjadikan beliau dipercayai oleh pelanggan.

Bermula tahun 2022, beliau mencabar dirinya untuk mempromosikan perniagaannya melalui aplikasi Tiktok & telah menjalani latihan menyunting video CapCut & menyertai kelas perniagaan TikTok yang dianjurkan oleh PEDi Taman Tenteram.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Beliau kini telah berjaya menghasilkan video untuk mempromosikan lagi produk & perkhidmatannya di platform Tiktok. Melalui program MIV anjuran MCMC di bawah penyeliaan PEDi Taman Tenteram, beliau lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi khususnya di platform atas talian.